“melaka tersohor akibat dijajah,masyhul terkenal dinusantara, kayu istana dimamah anai, kota penjajah megah terbina.”
Barangkali istana purba Melaka diperbuat dari seratus peratus bahan-bahan yang mesra alam, sama ada mudah mereput atau menjadi makanan haiwan seperti anai-anai dan tikus. Maka dengan itu, kesenian dan ketekunan tukang-tukang kayu, terukir dahulunya menjadi kebanggaan zaman itu, akhirnya lenyap sama sekali. Berbeza dengan penjajah, masih gagah berdiri kota-kota batunya, masih ego dalam menunjuk-nunjuk kemegahan penakluk dan memerintah, hinggakan ianya terbina kembali untuk tatapan khalayak. Tatapan ini lebih kepada peningkatan ongkos di saku berbanding kesempadanan tauladan bagi generasi terkemudian.