04 September 2006

Kisah benar.... RM0.10 jadi RM1,000,000.00

Ini adalah kisah benar yang masih menjadi tandatanya bagi saya sehingga hari ini. Mari kita ambil aktibar dari kisah ini.

Seorang pemuda yang kelihatan sugul kelihatan berjalan tanpa tujuan, mundar mandir di jalan Hang Tuah . Pemuda tersebut sedih kerana dalam kelaparan, diseluk dalam poketnya, hanya ada seposen (sepuluh sen) aja. Dia terbayang, bagaimana duit sepuluh sen boleh menjadi RM1,000,00.00. Dia lantas menahan seorang berpakaian kemas, yang lalu bertentangan dengannya. Pemuda itu bertanya kepada orang tersebut, percayakah beliau yang dengan sepuluh sen boleh menjadi RM 1 juta? Orang yang berpakaian kemas, lantas menggelengkan kepalanya, dan berlalu dengan seribu pertanyaan. Pemuda tersebut bertanya lagi kepada oranglain yang bertembung dengannya dan persoalan tadi diulang tanya.

Dipendekkan cerita, pemuda yang hanya mempunyai sepuluh sen duit tunai dalam poketnya, lantas pergi ke public phone, dimasukkan sepuluh sen dan mendail 7 digit. Eringan bernada , dan lantas apabila panggilannya dijawab, pemuda tersebut berkata : "Hello... boleh saya bercakap dengan Datuk Mansur?........... Ayah......... Aiman perlukan RM1 juta. Ayah masukkan dalam akaun Aiman ya...... terima kasih ayah..."


Begitulah ceritanya bagaimana RM0.10 boleh menjadi RM1,000,000.00. Bagi mereka-mereka yang bukan anak Datuk..... dan sebagainya, jika anda ada seposen, mulalah menabung dan tingkatkan pendapatan, kurangkan belanja.....