27 November 2008

MPV - Pelbagai guna


15 October 2008

MERAIKAN KEJAYAAN DAN KEAMANAN



Ranjau dan laluan berliku, lumrah bagi seorang musafir lalui sebelum tibanya hari kejayaan dan keamanan. harus kita ketahui bahawa kita adalah sebahagian dari usaha-usaha kearah itu. Wajarkah kita menjadi dayus dan pengecut untuk hadapi ranjau sebelum kejayaan dan keamanan dikecapi?


05 October 2008

MELAYU, AYUH BANGUN!!!!!!!!!!!



Pak Samat : Boboi…. Boboi…. Bangun!!!. Kejutkan Melayu, bangun dari tidur.

Boboi : Aaaaaggghhhhhrrr. Atuk, Boboi ngantuk lah. Ala…. Melayu pun masih tidur.

Pak Samat : Kejutkan Melayu cepat!!!!! Nanti Melayu akan ketinggalan. Ketinggalan dalam ekonomi, ketinggalan dalam politik, ketinggalan dalam modal insan, ketinggalan dalam kemajuan, ketinggalan dalam segalanya.

Boboi : Mengapa Melayu akan jadi begitu tok? Melayu kan sedang enak dibuai mimpi indah, tidur dengan lena sekali.

Pak Samat : Sejarah Melayu mudah diperkotak-katikkan. Melayu dahulu tidak suka menulis. Hanya kedatangan Islam ke nusantara, Quran dibaca Melayu berulang-ulang. Jika ditulis, ditulis tanpa teknologi, lantas ia reput , tiada tanda, tiada pusara. Rumah-rumah dbina dari kayu yang mudah mereput. Tiada peninggalan pada anak cucu, segala tiang, dinding, atap dan tangga, dimamah anai-anai dan usia. Tiada usaha untuk kemajuan, membina suatu tamadun yang berdiri megah, tidak terusik dek hujan panas dan usia. Agar tamadunan itu dapat dikaji dan lihat ke hari ini, sebagai bukti, melayu tidak tidur sepanjang waktu malam dan siang. Lalu sejarah Melayu, dilakar kini dari bisikan-bisikan penglipurlara, kaki-kaki ceritera rakyat penghibur lara. Lantas, lain orang, lain bisikannya. Ceritera menjadi edisi dan episod yang entah bagimana mulanya. Ayuh, Boboi, kejutkan Melayu dari tidur, mulakan mengasah besi menjadi pahat, pahat diukir bina kata, kata terukir membawa maka, menjalar ilmu kepelosok halwa hingga ke minda.


Boboi : Atuk, Boboi ngantuklah. Boboi tidur dulu ya, Nanti Boboi kejutkan Melayu.

Pak Samat : Boboi ni Melayu juga. Padanlah..........

02 October 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kepada semua..... daku ungkapkan , daku luahkan dengan penuh keinsafan,
Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.

08 September 2008

Ramadhan datang lagi......

Berdiam itu berfiir....
Berkata-kata itu berzikir....
Bergerak itu riadah....
Tidur itu meditasi.....

20 July 2008

GELOMBANG MINDA..

Di suatu petang, warung Pak Abu

Ali : Aku pening memikirkan masalah yang membinggungkan sejak kebelakang in.

Abu : Apa yang dipeningkan?.. mungkin jawapannya adalah...

Ali : Apa jawapannya, Pak Abu.?

Abu : Gelombang minda.... pengaruh dari gelombang alpha dan Beta, memanipulasikan minda separuh sedar kita, hingga kita sukar mengawal.... hanya yang beriman sahaja yang dapat menggawalnya.

Ali : Siapa yang punya angkara?

Abu : Lu PiKiRlAh SeNdIrI..........

20 June 2008

PEACE


Politik, Ekonomi, Sosial, ...............peace............. (kata Ahmad Fauzan, kanak-kanak riang di sebuah restoran mamak ...)


How To Manage The difficult Employees?


Mencabar soalan ini. Tapi yang penting sejauh mana kita ini bos, kita tetap hamba kepadaNYA. Sejauh mana kita ni kuli, kita tetap Khalifah di muka bumi ini.....

07 June 2008

Stess Ketika Harga Minyak Naik?

Cerita 1

Disuatu petang, bertempat di Petronas...

Ajis : Bang, tolong isi minyak RM50
Pam Atendan : Isi penuh ke?
Ajis : Penuh ! ???????? Penuh-penuh, jangan sebut ya..... aku naik angin kang%$$$#$%$
Pam Atendan : Maaf Encik, saya ingatkan Isi minyak Penuh. Kenapa encik tak suka?
Ajis : Sejak harga minyaknaik ke RM2.704, pantang aku nak isi penuh. Kalau aku isi penuh, dulu baru RM70.00, sekarang kira-kira mahu dalam RM120.00 $%$^$%&%^.

Cerita 2

Ajis : Dulu semasa memandu, aku bila tekan pedal minyak kereta, rasa nikmat dan sungguh membahagikan.

Hakim : sekarang?

Ajis : sekarang, bila tekan pedal minyak kereta, rasa hati sakit, bagai ditusuk sembilu... aduhh.....

Cerita 3

Pesakit : Doktor, saya mahu mengadu. Dulu masa harga minyak belum naik, kepala saya ringan saja, tetapi bila harga minyak sudah naik, kepala saya selalu berat. Kenapa doktor?

Doktor jiwa : Sebab, sebelum harga minyak naik, harga minyak tu ditampung oleh rakyat. Dengan ertikata lain, disubsidikan. Sebab tu ringan aja. Macam berat sama di pikul, ringan sama dijinjing. Tapi sekarang harga minyak tiada subsidi, jadi semun beban berada diatas kepala awak, sebab itu sekarang rasa berat.

Pesakit : Jadi apa harus saya buat, doktor?

Doktor Jiwa : Awak bayar bill saya dulu...... :-)

05 June 2008

Harga Minyak Naik Lagi.........

Harga minyak naik lagi, bukan lah masanya untuk kita buang masa bertindak mempertikaikannya. Akan tetapi inilah masanya kita bertindak mengatasinya.




















Kelihatan basikal-basikal yang akan menjadi alat pengangkutan jalan yang paling efisien. Dah mula menaiki motosikal ke tempat kerja?
Langkah jangka pendek tapi langkah panjang :
"Tingkatkan pendapatan dengan pengurangan belanja sakan. Kurangkan harga petrol dengan kurangkan penggunaanya "
Tips kurangkan penggunaan petrol :
1. Guna tayar yang sesuai dan cukup tekanan udara.
2. Pandu kenderaan dengan halaju tidak lebih dari 100 km/jam.
3. Kurangkan beban pada kenderaan (jika suami/isteri/anak2/tunang/keluarga yang berat berlebihan lemak, sila buat diet dan senaman yang berkesan agar mendapat berat yang ideal).
4. Ketika turun bukit, freekan gear.
5. Gunalah otak ketika memandu.

03 June 2008

Motivasi Jadi Jutawan...

Di suatu petang, dibawah pokok Ketapang yang berusia lebih 50 tahun....

Muiz :
Apa yang kau termenung tu, jauh aja.......

Jono :
Aku sedang memikirkan banyak peluang yang aku boleh buat sama ada bekerja kuat, berniaga dan seterusnya menjadi usahawan yang berjaya. Akan tetapi........

Muiz :
Akan tetapi apa?.....

Jono :
Aku, sepertimana sifat-sifat yang ada pada kebanyakkan bangsaku, punyai sifat yang dinamakan MALAS. Aku dah cuba banyak pendekatan rangsangan motivasi, tapi sifat itu membantutkannya.

Muiz :
Contohnya?

Jono:
Contohnya aku boleh buat pinjaman bank untuk dapatkan modal untuk ternak lintah, cendawan, cacing, belut, ikan keli dan macam-macam lagi, tapi aku rasa malas nak pergi bank, malas nak bertanya, malas nak buat kertas kerja, malas nak bangun pagi, malas nak bercangkul....

Muiz:
Kau dah kahwinkan?

Jono:
Sudah. Anak 4.

Muiz:
Aku ada cadangan. kau perlukan rangsangan motivasi yang sesuai untuk jadi Jutawan. Caranya......emmmmmmmm.

Jono:
bagaimana caranya?.....katakanlah.......

Muiz:
Kalau kau ada peluang, kau nak kahwin lagi?....kira ada 2 bini?

Jono:
Sapa yang taknak? semua lelaki ada niat macam tu. cuma peluang aja sama ada, ada atau takda.

Muiz:
Kalau kau nak, kau perlu bekerja keras, berusaha lebih, bina kerjaya, majukan perniagaan agar kau ada kemampuan kewangan. Dengan ertikata lain, jadikan kahwin 2 sebagai target tetapi kena berjaya dalam perniagaan dulu. Kira ia motivasi untuk kau berjaya. Kau cuba tengok datuk-datuk, tan sri- tan sri, jutawan-jutawan, hartawan-hartawan mudah aja nak kahwin 2 sebab dia ada kemampuan. Selagi kau tak capai tahap jutawan atau hartawan, maknanya peluang kahwin 2 nipis..... kau faham maksud aku?

Jono:
Ish!.... Boleh pakai juga kepala otak kau. Boleh selesaikan masalah MALAS aku, boleh selesaikan masalah kurangnya bilangan dikalangan Jutawan bangsaku, boleh selesaikan aku yang ada niat kahwin 2........

Muiz :
Alhamdullillah, kau dah tak MALAS.

30 May 2008

Anjakan Paradigma

Di suatu petang, bertempat kedai kopi Pak Akop Tempe....

Ajis : Aku dulu, seorang nasionalis. Aku sangat obses dan taksub pada barangan tempatan.

Masaood : Aku pun. Jadi apa motis kau yang sebenarnya dalam perbincangan ini?

Ajis : Tapi, sejak aku baru beli Toyota Avanza 1.5 G Auto, persepsi dan prinsip aku berubah.
Dulu aku sering sakit pinggang bila menaiki kereta &*^^%&*, tapi la nie, semuanya berubah....... berubah tapi pada kadar bayaran yang sama..... :-)

Masaod : Kenapa tak ambil Inova, atau APV, atau Lavina?

Ajis : Aku nie, kuat makan, makan yang sedap-sedap. Kalau aku naik Avanza, jalan-jalan nampak KFC ke, Pizza Hut ke, boleh gak aku singgah. Tapi Kalau aku naik Inova atau yang setaraf dengannya, aku sekadar gigit jari, pasal banyak duit nak bayar bulan-bulan...

Masaod : ooooo.......

11 April 2008

Indah Dari 33,000 kaki Laut Cina Selatan


1 Mac 2008. Fisrt time dari 37 tahun, naik pesawat terbang dari KLIA ke Kota Kinabalu, Sabah. Kelihatan awan pada 30,000 kaki paras laut. Pesawat berada 3,000 kaki atas awan....

09 April 2008

Assalamualaikum dan salam Perpaduan

Setelah sekian lama menyepi dari blogging. Maklumlah sibuk dengan rutin kerja seharian. Telah banyak perkara telah berlaku dan sedang berlaku. Politik, Ekonomi, Sosial, dan sebagainya. Kehidupan semakin komplikated. Justeru itu hayati prinsip yang diamalkan oleh para sahabat nabi, siang bekerja bagaikan akan hidup 1000 tahun, malam beramal ibadah bagaikan esok akan mati.

12 January 2007

Ten years ago......


Sepuluh tahun dahulu, yang baru itu baru, telah 10 tahun berlalu. lama tetap menjdi lama.

Sepuluh tahun dahulu detik waktu itu dipegun dalam detik masa ini.

Sepuluh tahun dahulu ........

12 December 2006

Aura Kanan


Cahaya boleh dipegunkan pada satu detik tika........

06 September 2006

Speak Inglish lah....

"I feel stupid speak in English", kata seorang guru........

05 September 2006

One slap for three answer

Dalam satu perbicaraan di dalam mahkamah......

Hakim : Anda sebagai guru telah didapati melanggar peraturan dengan menempeleng pelajar kamu yang datang kepada kamu untuk menanyakan soalan. Adakah kamu mahu membela diri?

Guru : Ya sa memang hendak membela diri saya yang teraniaya.

Hakim : Mahkamah izinkan....teruskan....

Guru : Saya menampar pelajar tersebut kerana itulah jawapan kepada soalan yang diajukan kepada saya.

Hakim : awak ada bukti?..... Apa soalan yang diajukan kepada awak?

Guru : Sebenarnya ada tiga soalan. Saya jawab sekali bagi ketiga-tiga soalan tersebut.

Hakim : Apa soalan-soalan tersebut?... Tidak sabar mahkamah hendak mengetahuinya.

Guru : Pelajar itu menanyakan tiga soalan. Soalan pertama, apa bukti Tuhan ada? Soalan kedua, apa itu takdir? Soalan ketiga, jika syaitan diciptakan dari api, kenapa dia dimasukkan kedalam neraka yang jelas dari api?

Hakim : wah! hebat soalan-soalan itu, boleh saya tahu apa jawapannya?

Guru : ( PANGGGGG!!!!!!..... SATU TAMPARAN HINGGAP DI PIPI HAKIM )

Hakim : Opocot...aduh!...sakitnya..... eh kenapa awak tampar saya???? Ini satu penghinaan mahkamah!!!!

Guru : itulah jawapannya....

Hakim : cuba awak jelaskan....... aduh....&^%%^$^*O^%^^%R^^$#%

Guru : soalan pertama, tamparan sakit tapi tak nampak sakit itu, cuma rasa sakit.... itulah gambaran Tuhan tetap ada walau tak nampak. Soalan kedua, Tuan tau tak akan ditampar?..... macam itulah takdir.... ia telah ditakdirkan.... Soalan ketiga, kulit tangan saya dan kulit pipi tuan dari bahan yang sama, tapi tuan rasa sakit, kan. Jadi walau api dengan api, syaitan tetap rasa sakit.

Hakim : Buang kes!!!!!!!! (malunya kebodohan aku)...

moral: Guru umpama lilin...........

04 September 2006

Akibat hisap Rokok

Inilah akibatnya keburukkan menghisap rokok. Sila lihat pada mangkuk tandas urine ni.... Biasanya cecair urine yang keluar, akan tetapi bagi perokok, puntung-puntung rokok yang dihisap yang keluar..... sungguh mengaibkan......

Kisah benar.... RM0.10 jadi RM1,000,000.00

Ini adalah kisah benar yang masih menjadi tandatanya bagi saya sehingga hari ini. Mari kita ambil aktibar dari kisah ini.

Seorang pemuda yang kelihatan sugul kelihatan berjalan tanpa tujuan, mundar mandir di jalan Hang Tuah . Pemuda tersebut sedih kerana dalam kelaparan, diseluk dalam poketnya, hanya ada seposen (sepuluh sen) aja. Dia terbayang, bagaimana duit sepuluh sen boleh menjadi RM1,000,00.00. Dia lantas menahan seorang berpakaian kemas, yang lalu bertentangan dengannya. Pemuda itu bertanya kepada orang tersebut, percayakah beliau yang dengan sepuluh sen boleh menjadi RM 1 juta? Orang yang berpakaian kemas, lantas menggelengkan kepalanya, dan berlalu dengan seribu pertanyaan. Pemuda tersebut bertanya lagi kepada oranglain yang bertembung dengannya dan persoalan tadi diulang tanya.

Dipendekkan cerita, pemuda yang hanya mempunyai sepuluh sen duit tunai dalam poketnya, lantas pergi ke public phone, dimasukkan sepuluh sen dan mendail 7 digit. Eringan bernada , dan lantas apabila panggilannya dijawab, pemuda tersebut berkata : "Hello... boleh saya bercakap dengan Datuk Mansur?........... Ayah......... Aiman perlukan RM1 juta. Ayah masukkan dalam akaun Aiman ya...... terima kasih ayah..."


Begitulah ceritanya bagaimana RM0.10 boleh menjadi RM1,000,000.00. Bagi mereka-mereka yang bukan anak Datuk..... dan sebagainya, jika anda ada seposen, mulalah menabung dan tingkatkan pendapatan, kurangkan belanja.....

24 July 2006

eh......mat rempit mana pulak nie...?






Gambar nie diambil sekitar 70an. Sekarang individu yang ada dalam gambar nie, ada yang jadi usahawan, profesor dan ada yang dah jadi jutawan. ...

eh ! alamak macamana gambar lain pulak boleh masuk?

12 July 2006

Langkawi.....



....'terpaksa' mengikuti satu percutian di langkawi. Tak pernah pergi langkawi. Kesimpulan yang diperolehi. Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik tempat sendiri, rumah sendiri, suasana sendiri......

nie gambar2 indah disana..




20 June 2006

Surah Al-Imran verse 145

"And no person can ever die expect by Allah's Leave and at an appointed term. And whoever desires a reward in (this) world, We shall give him of it; and whoever disires a reward in the Hereafter, We shall give him thereof. And We shall reward the grateful."

13 June 2006

911

surah 9 At-Taubah verse 11 (Holy Quran)

"But if they repent, perform As Solah and give Zakat, then they are your brethren in religon. (In this way) We explain the Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) in detail for a people who know."

04 May 2006

PEE TEE KAY

sibuk study PTK lah........... :-)

30 April 2006

KeadilaN

" Hai orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran), karena Allah menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil, karena adil itu lebih dekat kepada Taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Q.S. : Al - Maa’idah : 8)

24 April 2006

Cermin mata


Cermin mata di sebelah gambar ini bukan sebarang cermin mata. Ia prototaip gadget baru dalam aksesori kehidupan manusia akan datang. Cermin mata ini gabungan kepada telefon (HP), 3gp, camera, rekorder dan fungsi utama, kurangkan rabun.


Moral : Sesuatu yang kita sangka ia,.... rupanya bukan sekadar ia....

19 April 2006

CNC MACHINE




Bertempat di sebuat kedai kopi tongkat ali di pinggir kota melaka, kelihatan dua orang sedang rancak berbual.

Ahmad : U tau tak, kerajaan negeri melaka ada menganjurkan pertandingan rekacipta alat permainan yang bercirikan negeri melaka? dalam website http://www.iks.melaka.gov.my ada diiklankan.....
Azmi : I tau dan i telah siapkan prototaip untuk memasuki pertandingan itu.
Ahmad : ia ke? Boleh u tunjukkan inovasi u?
Azmi : Boleh (sambil mengambil sesuatu di dalam poket seluarnya, dikeluarkan sebuah anak patung sebesar Jenglot dan diberikan kepada Ahmad )
Ahmad : Anak patung? Nampak biasa aja... apa keistimewaannya?
Azmi: Cuba u cuit kat ketiak patung tu///
Ahmad : cuit? (lantas dicuitnya ketiak anak patung tu… tiba-tiba, anak patung tu menjerit “OPS!!!!! LAHABAU KAU)))))))))))�


Moralnya : Kasaunya bahasa orang melaka, tanda kasih sayang…..

04 April 2006

SAFETY FIRST

sendiri mahu ingat

24 March 2006

19 March 2006

Nak hilangkan marah?.....

Senang sahaja...... baring...... pernah ke orang marah dalam keadaan baring?

15 March 2006

Rumah atas Pokok

.......kecuali beruk yang berada diatas, tetapi rantai dileher dikawal dari bawah.....

09 March 2006

Rantai dan Kunci Kehidupan

Kita dibelenggu rantai dan mangga kunci.... tapi dalam diri ada anak kuncinya.... jika perlu, gunakan sebaiknya.

07 March 2006

stress.....................

stress.......... meditasi..... fokus....... gelombang beta.......

02 March 2006

Duit koyak....


.....milik duit koyak ini.........dari kayangan.....

01 March 2006

Fokus....


Fokus dapat meningkatkan tenaga?...... keluasan fokus yang semakin kecil pada keratan rentas, akan menambah keamatan kuasa!!! Newton per square inch!

28 February 2006

Kerjaya Mencabar


Kerjaya yang mencabar adalah bagaimana kita berjaya dalam satu tugas yang diberi, kemudian kita menghayati kepuasan lebih dari imbuhan upah yang diterima. Jika berlaku kegagalan, penyelesaian berterusan tidak mematahkan semangat.

Menanti .........

menanti kehadiran....... kepemimpinan yang dapat menggurangkan masalah yang tak dapat diselesaikan.... dunia menanti.... baik sahabat mahupun musuh....

Pandangan disebalik tembok.....

Disebalik tembok yang penuh dengan bahan-bahan legap dan berjisim itu menghalang penglihatan mata kasar..... retina..... cahaya...... dengan mata hati.... dengan deria pada kekuatan minda... menjurus kepada penembusan dengan cahaya aura....... yang terhalang secara fizikal dapat ditembusi kerana halangan fizikal hanya bersifat apa yang terfikir dalam minda.......... ubahkan apa yang difikir ..... kepada apa yang dikehendaki....... takdir itu , tawakal setelah usaha dilakukan....

Fikirkan suatu yang akan berlaku.....

Sejarah tetap sejarah..... ia akan kekal....dan dijadikan pedoman....... kini ia sedang berlaku.... mengorak dan mencorak peristiwa dan jika ia berlalu , ia akan menjadi sejarah..... masadepan... akan datang, selepas kini, menanti untuk dicorak, digarap dan diolah...... fikir kini, agar masa depan dapat dibina dengan penuh berstruktur dan terah yang dikehendaki.....

27 February 2006

Mengapa perlu smart?

Smart atau bijak..... perlu dalam kehidupan seharian... sentiasa..... ia melibatkan kualiti dalam hidup. Bijak merancang, bijak bertindak, bijak segalanya........