03 January 2024

UNIFI BKT BRG

 UNIFI 


BUKIT BERUANG


4efb-99d3-6c3312ab8970

4efb-99d3-6c3312ab8970

4efb-99d3-6c3312ab8970

4efb-99d3-6c3312ab8970

4efb-99d3-6c3312ab8970

4efb-99d3-6c3312ab8970

4efb-99d3-6c3312ab8970

4efb-99d3-6c3312ab8970

4efb-99d3-6c3312ab8970

 

PULAI... jenis glow

13 May 2019

AXIA


25 June 2018

MELAKA










19 January 2018

Nippon Cat JB9591

NIPPON CAT JB9591





DINDING DEPAN: 
BLUE ASH 4399 NIPPON



14 June 2017

Yearly KadRaya














18 January 2017

Hukum Arus Elektrik Terbatal


Hentaman meteor itu , terlalu banyak, bagaikan hujan api, menghentam bumi, gegar, gempa, letusan lahar berapi, kabut gelap menyelubungi. Medan magnet bumi berubah. Letusan kuat elektromagnet memusnahkan hukum. Hukum fizik elektrik terbatal. Segala yang berkaitan dengan gerakan cas elektrik  tidak berfungsi. Semua. Ya, semua........Sama seperti bumi ketika sebelum Faraday dan kesibukan ilmuan menjumpai elektrik statik suatu ketika dahulu. Manusia perlu hadapi ringtangan hidup sama seperti sebelumnya dan sehinggalah Kiamat pasti datang.

27 April 2015



lamanya masa bila lamanya menanti....

hukum fizik telah ditemui, hanya perlu susun puzzle dengan betul....

masa terisi dengan maklumat dan pengalaman.
tanpa pengisian, masa sekadar penantian yang panjang.
ada pengisian, masa tidak mencukupi.
tiada masa, hidup di dunia sudah berakhir,


cabaran paling besar adalah mneghadapi sakaratul maut, anytime-anyplace , moga husnul khotimah

Membaca, membuka pintu jawapan. Menulis, banyak pula persoalan.

mesej ini utk diri sendiri
kajian kendiri :
fakta : hukum fizik masa di dunia adalah pemalar,seragam dan berterusan tanpa henti atau kebelakang.
Semasa solat atau membaca quran atau dalam majlis ilmu, terasa masa sangat perlahan bergerak. (seolah-olah lambat tua)
Semasa urus hal-hal lain keduniaan, terasa sangat pantas dan tidak cukup masa, seolah-olah masa bergerak sangat pantas. (seolah-olah cepat tua)
dalam quran (ayat 103)
1. demi masa
2. sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
3. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.
keberkatan masa terletak kepada amalan baik.


kaya jiwa, biar dunia mencarimu..


dunia ini semakin pening, oh lupa, dunia ini sentiasa pusing....


usah cuba dulu baharu tahu, cuba tahu dulu baharu cuba


kurang itu musibah, lebih itu penyakit, cukup itu nikmat...

belanja lebih pada keperluan, belanja kurang pada kehendak,
bila kehendak menjadi keperluan, inflasi datang bertimpa-timpa


"antara pangkat dan tua, ku pilih tua...."



"tuan abib, nasihatilah saya agar khusyuk dalam ibadah..."
" pegunkan masa ketika dalam ibadah..."


Bila mata melihat, semuanya terikat . Bila mata merenung, semuanya ke belakang. Bila mata berangan, semuanya ke hadapan.


100% manusia ada otak, akan tetapi tidak 100% otak ada manusia



Berikut adalah kaedah pemakanan sihat yang sangat mahal dan kurang mampu dimiliki oleh manusia baik yang kaya, mahupun yang miskin. Mereka sanggup membeli makanan-makanan tambahan yang mahal harganya, memasuki hospital yang tinggi bayarannya, akan tetapi sepertimana yang dibawah ini sangatlah mahal dan kebanyakkannya tidak mampu memilikinya. Pemakanan sihat yang tersangat mahal ini adalah :
1. Makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang (sunnah nabi)
2. kunyah makanan sehingga lumat, baharu ditelan.
3. Makan buahan dahulu, sebelum makan berat.
4. makan sayur ulaman lebih, protein seperti ikan dan last makan nasi agar nasi dapat dikurangkan (Nasi berlebihan boleh meningkatkan lemak)
5. Banyak minum air suam / air galian .

Berikut adalah alat senaman yang sangat mahal dan ramai manusia tidak mampu menggunakannya :
1. Buat kerja rumah sehingga berpeluh seperti menyapu / mop lantai, naik tangga, turun tangga.
2. Aktiviti berkebun walau hanya beberapa pasu.
3. Berbasikal.
Berikut adalah kaedah awet muda yang sangat mahal untuk diamalkan :
1. Senyum




zaman dulu kala, tangga rumah batu binaanya. Tempat berkumpul, mencerita kisah lajunya melebihi kelajuan cahaya....


 Wahai sekalian manusia, jika ada peluang, upaya dan kuasa, tanamlah pohon-pohon seperti pokok hujan-hujan, yang mana menjadi antara pokok yang terbanyak menghasilkan Oksigen, Menyerap Karbon Dioksida yang agak banyak, bagi menjadikan dunia ini untuk diwarisi........


manusia : 6 jam malam tidur, 10 minit tengahari tidur.
musang : 10 minit malam tertidur, 8 jam siang tidur



" manusia tidak pernah dan tidak boleh mencipta. manusia hanya memasang dan mengguna apa yang telah tercipta. Kudrat untuk memasang dan mengguna adalah anugerah. sebab itu Isaac Newton memerlukan apple dan graviti untuk mengetuk kepalanya berfikir...", ?


"Semua orang perlu DUIT. Tanpa DUIT hidup merana. Ada yang kata nak DUIT just Do it.... DUIT adalah Doa, Usaha, Ikhlas, Tawakal. ", fikir Sang Tuah

11 October 2013

jaybee2031



jaybee9591

gate : S-39  Mejestic Gold , NICORA SEASON



External (Nippon) :

1. Dinding luar : Misty Silver  PRO 0176 ( Weatherbond Advance)
2. Tembok : Duke Mansion (R)  9573 (Weatherbond Advance)

Internal (Nippon)

- Sweet Cream 7075P ( 3 in 1)


17 August 2012

Meminta maaf  adalah orang yang paling berani. Memaafkan adalah orang yang paling kuat. Maafkan daku dan daku maafkan kalian ...

Salam Ramadhan, Salam Aidil Fitri...

06 August 2012

..tidak terkenal, sepinya bertanya.....

05 August 2012

dimanakah cincin?

30 January 2012

Gelang Pendekar Penimbul Urat, Nampak Perkasa Tubuh Tersiksa.

13 December 2011

Kehilangan Adalah Asas Pinjaman

KeHiLaNgAn AdAlAh AsAs PiNjAmAn

01 December 2011

perjalanan

Perjalanan Kita Masih Jauh. Boleh terhenti, bila-bila.....

19 November 2011

Kejayaan Kegagalan

Kegagalan adalah kejayaan tertunda, Kejayaan adalah kegagalan ternanti.

23 May 2011

dunia

Maju setapak, bina semangat, langkah bersilang, hikmah tersirat


Merenung jauh dari keberaduan jiwa, melihat celaru pelakuan insan, minda terjajah arah bersilang.

18 May 2011

Semakin hari Dunia tercemar

Tapislah maklumat, Binalah kudrat, Fikirlah Cermat, Hati Tertamba



Memburu impian, bertemu jalannya, khayal berangan buntu fikiran

28 February 2011

Laut dan Udara

Kekayaan umpama air laut, banyak dan luas, akan tetapi bila diminum, dan terus diminum, makin haus, terasa makin dahaga........ Ilmu, umpama udara, luas,... makin dihirup udara, rasa segar, segar, segar........

27 February 2011

bicara minda 2..

“simpan hati pemula bicara, rendah diri membuka minda.”


Mungkinkah bicara hati yang tersimpan lebih baik untuk kita berkira-kira mengalun langkah bagi memilih bicara yang terbaik sebagai pemula, agar dimengerti akan maksudnya.


“Adat minang mahu bersanding, beratu hati bergelar beta, Menang kalah adat bertanding, bersatu hati elak sengketa.”

Kita serumpun, kita berbicara satu bahasa, berfikir sama rata dan merasa resepi yang sama, mengapa perlu ada sengketa, sedangkan ia mengundang bencana?


“Menabur bakti di sore hari, bila senja menuai hasil tidak terperi.....”

Berusaha dengan gigih, mulakan yang sedikit dan seterusnya istiqamah pada amalan yang menguntungkan, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.


menongkat dagu menanti gendang dipalu

Bicara minda 1

“melaka tersohor akibat dijajah,masyhul terkenal dinusantara, kayu istana dimamah anai, kota penjajah megah terbina.”

Barangkali istana purba Melaka diperbuat dari seratus peratus bahan-bahan yang mesra alam, sama ada mudah mereput atau menjadi makanan haiwan seperti anai-anai dan tikus. Maka dengan itu, kesenian dan ketekunan tukang-tukang kayu, terukir dahulunya menjadi kebanggaan zaman itu, akhirnya lenyap sama sekali. Berbeza dengan penjajah, masih gagah berdiri kota-kota batunya, masih ego dalam menunjuk-nunjuk kemegahan penakluk dan memerintah, hinggakan ianya terbina kembali untuk tatapan khalayak. Tatapan ini lebih kepada peningkatan ongkos di saku berbanding kesempadanan tauladan bagi generasi terkemudian.

26 September 2010

Hindari gangguan Jin, Sihir dan Saka

Al-Quran adalah mukzijat dari Allah S.W.T...

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

28 August 2010

Ramadhan....

penuh dengan kemuliaan dan keberkatan di sebalik setiap ujian dan musibah, setiap kebahagian dan kesenangan...

10 October 2009

Silent mode.....

30 August 2009

Satira....

Dalam satu sesi diskusi di sebuah kedai teh (khalayak memanggil kedai kopi) di pinggir pekan merlimau, Pak Usop menambah dalam cerita sang hikayat dogeng.....

" .... dahulu Kesultanan Melaka tamat kerana salah faham dikalangan angkatan pahlawan dan hulubalang turus kekuatan pertahanan kedaulatan melaka, yang ketua turus angkatan perangnya, orang Masjid Tanah, pekat dengan loghatnya.... ketika dibunyikan serunai perang, dilaunkan pelancaran perang mara ke depan untuk menyerang kekuatan angkatan perang Portugis ketika itu, dengan laungan keramat....."SSSSSSSSOOOOOOOOOOORRRRRRRRRAAANNNNGGGGGGG...... DEN KATO SOOOOOORRRRRANNNNNNGGGGGGGGGGGGG KE DEPANNNNNNNNNNNNNN......!!!!))))))))))", itulah punca kekalahan angkatan perang melaka dalam mempertahankan kesultanan , akibat dari seorang demi seorang gugur......... akan tetapi jika diimbas kembali semasa zaman hidupnya hang tuah, bumi pulau pinang tidak berani disentuh portugis, kerana dengan nama "HANG"...... diberitakan perisik portugis ketika itu telah dihantar ke pulau pinang, dibawa khabar berita dengan kecut perut balik ke pengkalan pelabuhan di melaka, khabarnya, sedangkan di melaka hanya ada 6 Hang (hang tuah, hang kasturi, hang lekir, hang jebat lekiur dan dibunga oleh hang li poh)belum dapat melaka dijajah akibat dari kekuatan mereka, apatah lagi di pulau pinang terlalu banyak HANG..... hang lagu mana, hang pi mana, hang ni, hang lah, hang jalan dulu, hang, hang dari mana, hang sat ya, dan terlau ramai lagi nama hang ada dimana-mana di pulau pinang..........."

cerita pak usop dengan penuh semangat. Dari cerita itu, ahli diskusi, sambil minum teh, mendapat satu resolusi - Jangan salah faham. Untuk memahami sesuatu, selami latarbelakang. Untuk membuat keputusan, jangan lupa tentang sesuatu hakikat, kelak akan rugi. Masa tidak boleh dikembalikan, kerana masa sekarang, telah berlalu.....

08 August 2009

Lalat, Virus, Habuk dan Titisan air.....





Tuhan utuskan lalat menjadi gangguan ketika makan, Tuhan utuskan virus menjadi wabak, Tuhan utuskan habuk menjadi jerebu dan Tuhan utuskan titisan air menjadi banjir, menjadi peringatan dan muhasabah diri bagi kita yang mahu berfikir....

SMS TOPUP

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3



Antara sebab sesorang itu dapat meningkatkan pendapatan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Topup bernilai RM10, hanya perlumembayar RM9.50.... 50 sen dikumpul, sikit-sikit lama-lama jadi bukit........ :-)

01 August 2009

Amalan Kerohanian Elak Penyakit Berjangkit

IQ - masih mencari-cari penawar yang belum ditemui dengan segala ilmu yang ada ..........
(Bekerja seolah-olah hidup seribu tahun lagi.)
EQ - terganggu dan tertekan di hati, dapat diubati dengan kawalan diri.. jati diri.......
(Qadak dan Qadar adalah hikmah dari Tuhan.)
SQ - Amalan Spiritual, kembali kepada hakikat kita sebagai hamba kepadaNYA.....
(Beribadah dengan khusuk dan tawaduk seolah-olah esok kita akan mati.)

Input Spiritual mencegah Wabak Penyakit Berjangkit dari blog :-

http://terapi-alfatah.blogspot.com/2009/07/amalan-elak-penyakit-berjangkit.html

29 July 2009

Laungan Khalimah Allah berkumandang di bumi 24 jam tanpa henti Setiap hari....

http://www.youtube.com/watch?v=xs7WnOd-R0w&feature=related

Wabak Selsama Babi H1N1

Surrah Al-Qasas :

[68]Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya.

Surrah At-Taubah

[51]Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.


Surrah Al-A'raf

[34]Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.



Just wait and see while life goes on.....












23 July 2009

CABARAN GUNUNG KINABALU



Mula mendaki dari Timpohon Gate jam 9.00 am (21 Julai 2009). 2.30 pm Sampai di Laban Rata sejauh 6km (3km dari paras laut) , rehat. Jam 2.30 am (22 Julai 2009) sambung pendakian dan tiba di Low's Peak (4095m dari paras laut @ 8km perjalanan dari Timpohon Gate) pada jam 5.30 am. Selamat sampai ke Timpohon Gate dengan selamat pada jam 1 pm. Cuma kaki kejang jalan macam robot. :-) .











Kenangan kasut ini dibeli dengan harga RM7.50 di Ranau, sabah dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu, amat berjasa. Walaubagaimanapun , akibat kasut ini berat dan ada tarikh luput, terpaks ditinggalkan di bakul sampah.

14 June 2009

Masa kian mengecil.....



Alang :

Assalaualaikum, Tok Yah, esok birthday Tok Yah kan? Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur. Tak buat apa-apa celebration ker?


Tok Yah :

Alang, dengan hadirnya Hari Birthday Tok Yah, ia bukanla untuk diraikan, akan tetapi adalah untuk diperingatkan masa setahun sudah berlalu dan ia bermakna umur Tok Yah sudah kurang setahun untuk hidup. Kematian Tok Yah sudah tidak lama lagi. Begitu juga dengan Semua makhluk di muka bumi ni, Hari lahir bermaksud telah berkurangnya setahun dalam hidupnya, menuju kepada kematian.....


Alang :

Tetapi kenapa ramai orang raikan birthday?


Tok Yah :

Nabi dah pesan, orang yang paling bijak di dunia, adalah orang yang mengingati mati. Jadi , masaih ramai lagilah yang belum bijak lagi. Bila kita ingat mati, kita akan bina kehidupan skrg lebih baik, untuk diri, keluarga, masyarakat dan alam. Semua ini adalah untuk Pencipta


Alang :

Tok Yah, alang sayang Tok Yah......

21 April 2009

Kembalikan Tenaga itu


tarik nafas dalam-dalam, perlahan-lahan, tenang-tenang, niat berulang-ulang tenaga menyerap dalam cakra...........
Prooooooooooooottttttt ! ops!..... tu tenaga kotor negatif keluar......
:-)

19 April 2009

Ummi........

Fuad menyapa memecahkan kesunyian disebuah kedai kopi Pak Usop, "Kita kena lebih mentaati ibu mertua isteri-isteri kita. Dia lah menjadi assebab adanya kita". Teringat kata-kata Huzairi, rakan sewaktu berjoging dahulu, katanya antara ibu isteri-isteri kita, dengan ibu mertua isteri-isteri kita, wajarlah lebih kita menyayangi ibu mertua isteri-isteri kita. Segelas teh gelas besar dihirup dengan penuh kenikmatan.......



16 April 2009

Mimpi....

bertarikh 16 April 2009...

Jam 4.00 am :
......mimpi ... ketika sedang memandu, suasana sekitar seperti baru berlaku letusan gunung berapi yang hebat, hingga awam gelap diliputi debu-debu , ketilan batu-batu kecil dari langit mengena cermin dan bumbung kereta, lantas sejurus sampai satu pekan lama di tepi muara sungai, kelihatan dihadapan, ombak besar tsunami melanggar apa sahaja dihadapan...... semua panik........

"Bekerjalah dengan urusan-urusan dunia seolah-olah hidup lagi 1000 tahun, khusyuklah dalam ibadah seolah-olah akan mati esok hari "

15 April 2009

Tiga Masa...


Pak din, mengapa tiba-tiba sebut tiga masa?.....

Tiga masa adalah Masa sebelum, Masa Sekarang dan Masa hadapan. Masa sebelum telah berlalu, tidak boleh merubah. Masa hadapan adalah masa yang belum tentu ada atau tidak, belum tentu apa yang akan terjadi. Masa sekarang adalah masa untuk digunakan dengan sebaik-baiknya, agar masa yang lepas dapat diperbetulkan (jika salah) atau diteruskan (jika baik) pada masa sekarang untuk dimanfaatkan pada masa hadapan.




11 April 2009

Fantasi

Fantasi itu adalah realiti separuh sedar....

30 March 2009

Rujuklah Ia walau apapun...

Anda ingin merujuk ia disaat duka, pilu, saat bahagia, ceria, saat sukar pancaroba, saat mudah bersenangan, alunan gelombang bunyi beraura, bermukzijat dan Rahmat Ilahi kepada manusia dan jin.......... dan sekalian alam.

kemana jua anda berada......

Bahasa Arab : http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Bahasa Melayu (terjemahan) : http://www.alquran-melayu.com/

24 March 2009

Ayam......


Catatan senja :

Nikmat memakan daging ayam telah ditarik. Ada hikmahnya. Tiba-tiba alergik, atau dalam bahasa masyarakat dipanggil resdung mulai menjadi-jadi apabila ayam itu dimakan. Tidak diketahui jenis ayam apakah yang apabila dimakan maka resdung itu hadir berminggu-minggu. Kepulan asap corong resdung berjenama Barakah menjadi penawar segera tetapi hanya seketika. Tetapi kenapa sekarang penyakit itu terkesan? Pakar pemikir dan pengamal ilmu mengubat tidak memberi jawapan yang pasti. Ada hikmahnya. Bukankah ayam sekarang dalam masa proses pembesaran dan penyembelihan oleh pihak komersialan agak meragukan. Bertopengkan grafik dan huruf "HALAL", jua boleh digunakan sebagai pelaris jualan para kapitalis? Suntikan hormon meragukan menggalak pembesaran ayam yang masih remaja, menjadi gergasi berlemak tinggi! Penyembelihan tidak sempurna oleh tangan yang tidak berpaksikan iman!.......

Catatan malam :

Jika ada upaya membendung kehendak, jangan makan ayam....

21 March 2009

KEAGUNGAN ILAHI



Keagungan Allah yang Maha Esa, dapat dilihat dari segala yang diciptaNya.

07 February 2009

Kaki tanpa kepala (otak)

..apakah wajar kita bertindak melawan arus, hatta diri kita masih ada kekurangan?

31 January 2009

Cara menambah pendapatan

Mudah saja nak menambah pendapatan :

Tingkatkan pendapatan dengan pengurangan belanja.
Belanja untuk menjana pendapatan.

20 January 2009

CAHAYA BULAN


Cahaya bulan ...... menjadi pedoman kepada pelayar, menerangi malam dikala gulita. Akan tetapi, cahayanya rapuh, tidak punyai ketetapan dalam mengharungi alam. Cahayanya hanyalah kepalsuan dari refleksi cahaya. ......

17 January 2009

Boikot Yang berfaedah... bantulah Gaza...

Wak Tempe :

Wak nie memang dah lama boikot dan tak beli barangan Amerika, Israel dan mereka yang bersekutu dengannya.

Tok Uban :

Tok lak bukan setakat boikot barangan mereka, malah atok akan kecam pada mereka yang tak malu masih membeli produk mereka.

Boboi :

Boboi pun. Dulu boboi makan ayam KFC, BigMc... tapi sekarang ni boboi makan ayam ranggup dan burger kat pasar malam..... sedap.... :-)

27 November 2008

MPV - Pelbagai guna


15 October 2008

MERAIKAN KEJAYAAN DAN KEAMANAN



Ranjau dan laluan berliku, lumrah bagi seorang musafir lalui sebelum tibanya hari kejayaan dan keamanan. harus kita ketahui bahawa kita adalah sebahagian dari usaha-usaha kearah itu. Wajarkah kita menjadi dayus dan pengecut untuk hadapi ranjau sebelum kejayaan dan keamanan dikecapi?


05 October 2008

MELAYU, AYUH BANGUN!!!!!!!!!!!



Pak Samat : Boboi…. Boboi…. Bangun!!!. Kejutkan Melayu, bangun dari tidur.

Boboi : Aaaaaggghhhhhrrr. Atuk, Boboi ngantuk lah. Ala…. Melayu pun masih tidur.

Pak Samat : Kejutkan Melayu cepat!!!!! Nanti Melayu akan ketinggalan. Ketinggalan dalam ekonomi, ketinggalan dalam politik, ketinggalan dalam modal insan, ketinggalan dalam kemajuan, ketinggalan dalam segalanya.

Boboi : Mengapa Melayu akan jadi begitu tok? Melayu kan sedang enak dibuai mimpi indah, tidur dengan lena sekali.

Pak Samat : Sejarah Melayu mudah diperkotak-katikkan. Melayu dahulu tidak suka menulis. Hanya kedatangan Islam ke nusantara, Quran dibaca Melayu berulang-ulang. Jika ditulis, ditulis tanpa teknologi, lantas ia reput , tiada tanda, tiada pusara. Rumah-rumah dbina dari kayu yang mudah mereput. Tiada peninggalan pada anak cucu, segala tiang, dinding, atap dan tangga, dimamah anai-anai dan usia. Tiada usaha untuk kemajuan, membina suatu tamadun yang berdiri megah, tidak terusik dek hujan panas dan usia. Agar tamadunan itu dapat dikaji dan lihat ke hari ini, sebagai bukti, melayu tidak tidur sepanjang waktu malam dan siang. Lalu sejarah Melayu, dilakar kini dari bisikan-bisikan penglipurlara, kaki-kaki ceritera rakyat penghibur lara. Lantas, lain orang, lain bisikannya. Ceritera menjadi edisi dan episod yang entah bagimana mulanya. Ayuh, Boboi, kejutkan Melayu dari tidur, mulakan mengasah besi menjadi pahat, pahat diukir bina kata, kata terukir membawa maka, menjalar ilmu kepelosok halwa hingga ke minda.


Boboi : Atuk, Boboi ngantuklah. Boboi tidur dulu ya, Nanti Boboi kejutkan Melayu.

Pak Samat : Boboi ni Melayu juga. Padanlah..........

02 October 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kepada semua..... daku ungkapkan , daku luahkan dengan penuh keinsafan,
Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.

08 September 2008

Ramadhan datang lagi......

Berdiam itu berfiir....
Berkata-kata itu berzikir....
Bergerak itu riadah....
Tidur itu meditasi.....

20 July 2008

GELOMBANG MINDA..

Di suatu petang, warung Pak Abu

Ali : Aku pening memikirkan masalah yang membinggungkan sejak kebelakang in.

Abu : Apa yang dipeningkan?.. mungkin jawapannya adalah...

Ali : Apa jawapannya, Pak Abu.?

Abu : Gelombang minda.... pengaruh dari gelombang alpha dan Beta, memanipulasikan minda separuh sedar kita, hingga kita sukar mengawal.... hanya yang beriman sahaja yang dapat menggawalnya.

Ali : Siapa yang punya angkara?

Abu : Lu PiKiRlAh SeNdIrI..........

20 June 2008

PEACE


Politik, Ekonomi, Sosial, ...............peace............. (kata Ahmad Fauzan, kanak-kanak riang di sebuah restoran mamak ...)


How To Manage The difficult Employees?


Mencabar soalan ini. Tapi yang penting sejauh mana kita ini bos, kita tetap hamba kepadaNYA. Sejauh mana kita ni kuli, kita tetap Khalifah di muka bumi ini.....

07 June 2008

Stess Ketika Harga Minyak Naik?

Cerita 1

Disuatu petang, bertempat di Petronas...

Ajis : Bang, tolong isi minyak RM50
Pam Atendan : Isi penuh ke?
Ajis : Penuh ! ???????? Penuh-penuh, jangan sebut ya..... aku naik angin kang%$$$#$%$
Pam Atendan : Maaf Encik, saya ingatkan Isi minyak Penuh. Kenapa encik tak suka?
Ajis : Sejak harga minyaknaik ke RM2.704, pantang aku nak isi penuh. Kalau aku isi penuh, dulu baru RM70.00, sekarang kira-kira mahu dalam RM120.00 $%$^$%&%^.

Cerita 2

Ajis : Dulu semasa memandu, aku bila tekan pedal minyak kereta, rasa nikmat dan sungguh membahagikan.

Hakim : sekarang?

Ajis : sekarang, bila tekan pedal minyak kereta, rasa hati sakit, bagai ditusuk sembilu... aduhh.....

Cerita 3

Pesakit : Doktor, saya mahu mengadu. Dulu masa harga minyak belum naik, kepala saya ringan saja, tetapi bila harga minyak sudah naik, kepala saya selalu berat. Kenapa doktor?

Doktor jiwa : Sebab, sebelum harga minyak naik, harga minyak tu ditampung oleh rakyat. Dengan ertikata lain, disubsidikan. Sebab tu ringan aja. Macam berat sama di pikul, ringan sama dijinjing. Tapi sekarang harga minyak tiada subsidi, jadi semun beban berada diatas kepala awak, sebab itu sekarang rasa berat.

Pesakit : Jadi apa harus saya buat, doktor?

Doktor Jiwa : Awak bayar bill saya dulu...... :-)

05 June 2008

Harga Minyak Naik Lagi.........

Harga minyak naik lagi, bukan lah masanya untuk kita buang masa bertindak mempertikaikannya. Akan tetapi inilah masanya kita bertindak mengatasinya.




















Kelihatan basikal-basikal yang akan menjadi alat pengangkutan jalan yang paling efisien. Dah mula menaiki motosikal ke tempat kerja?
Langkah jangka pendek tapi langkah panjang :
"Tingkatkan pendapatan dengan pengurangan belanja sakan. Kurangkan harga petrol dengan kurangkan penggunaanya "
Tips kurangkan penggunaan petrol :
1. Guna tayar yang sesuai dan cukup tekanan udara.
2. Pandu kenderaan dengan halaju tidak lebih dari 100 km/jam.
3. Kurangkan beban pada kenderaan (jika suami/isteri/anak2/tunang/keluarga yang berat berlebihan lemak, sila buat diet dan senaman yang berkesan agar mendapat berat yang ideal).
4. Ketika turun bukit, freekan gear.
5. Gunalah otak ketika memandu.

03 June 2008

Motivasi Jadi Jutawan...

Di suatu petang, dibawah pokok Ketapang yang berusia lebih 50 tahun....

Muiz :
Apa yang kau termenung tu, jauh aja.......

Jono :
Aku sedang memikirkan banyak peluang yang aku boleh buat sama ada bekerja kuat, berniaga dan seterusnya menjadi usahawan yang berjaya. Akan tetapi........

Muiz :
Akan tetapi apa?.....

Jono :
Aku, sepertimana sifat-sifat yang ada pada kebanyakkan bangsaku, punyai sifat yang dinamakan MALAS. Aku dah cuba banyak pendekatan rangsangan motivasi, tapi sifat itu membantutkannya.

Muiz :
Contohnya?

Jono:
Contohnya aku boleh buat pinjaman bank untuk dapatkan modal untuk ternak lintah, cendawan, cacing, belut, ikan keli dan macam-macam lagi, tapi aku rasa malas nak pergi bank, malas nak bertanya, malas nak buat kertas kerja, malas nak bangun pagi, malas nak bercangkul....

Muiz:
Kau dah kahwinkan?

Jono:
Sudah. Anak 4.

Muiz:
Aku ada cadangan. kau perlukan rangsangan motivasi yang sesuai untuk jadi Jutawan. Caranya......emmmmmmmm.

Jono:
bagaimana caranya?.....katakanlah.......

Muiz:
Kalau kau ada peluang, kau nak kahwin lagi?....kira ada 2 bini?

Jono:
Sapa yang taknak? semua lelaki ada niat macam tu. cuma peluang aja sama ada, ada atau takda.

Muiz:
Kalau kau nak, kau perlu bekerja keras, berusaha lebih, bina kerjaya, majukan perniagaan agar kau ada kemampuan kewangan. Dengan ertikata lain, jadikan kahwin 2 sebagai target tetapi kena berjaya dalam perniagaan dulu. Kira ia motivasi untuk kau berjaya. Kau cuba tengok datuk-datuk, tan sri- tan sri, jutawan-jutawan, hartawan-hartawan mudah aja nak kahwin 2 sebab dia ada kemampuan. Selagi kau tak capai tahap jutawan atau hartawan, maknanya peluang kahwin 2 nipis..... kau faham maksud aku?

Jono:
Ish!.... Boleh pakai juga kepala otak kau. Boleh selesaikan masalah MALAS aku, boleh selesaikan masalah kurangnya bilangan dikalangan Jutawan bangsaku, boleh selesaikan aku yang ada niat kahwin 2........

Muiz :
Alhamdullillah, kau dah tak MALAS.

30 May 2008

Anjakan Paradigma

Di suatu petang, bertempat kedai kopi Pak Akop Tempe....

Ajis : Aku dulu, seorang nasionalis. Aku sangat obses dan taksub pada barangan tempatan.

Masaood : Aku pun. Jadi apa motis kau yang sebenarnya dalam perbincangan ini?

Ajis : Tapi, sejak aku baru beli Toyota Avanza 1.5 G Auto, persepsi dan prinsip aku berubah.
Dulu aku sering sakit pinggang bila menaiki kereta &*^^%&*, tapi la nie, semuanya berubah....... berubah tapi pada kadar bayaran yang sama..... :-)

Masaod : Kenapa tak ambil Inova, atau APV, atau Lavina?

Ajis : Aku nie, kuat makan, makan yang sedap-sedap. Kalau aku naik Avanza, jalan-jalan nampak KFC ke, Pizza Hut ke, boleh gak aku singgah. Tapi Kalau aku naik Inova atau yang setaraf dengannya, aku sekadar gigit jari, pasal banyak duit nak bayar bulan-bulan...

Masaod : ooooo.......

11 April 2008

Indah Dari 33,000 kaki Laut Cina Selatan


1 Mac 2008. Fisrt time dari 37 tahun, naik pesawat terbang dari KLIA ke Kota Kinabalu, Sabah. Kelihatan awan pada 30,000 kaki paras laut. Pesawat berada 3,000 kaki atas awan....

09 April 2008

Assalamualaikum dan salam Perpaduan

Setelah sekian lama menyepi dari blogging. Maklumlah sibuk dengan rutin kerja seharian. Telah banyak perkara telah berlaku dan sedang berlaku. Politik, Ekonomi, Sosial, dan sebagainya. Kehidupan semakin komplikated. Justeru itu hayati prinsip yang diamalkan oleh para sahabat nabi, siang bekerja bagaikan akan hidup 1000 tahun, malam beramal ibadah bagaikan esok akan mati.

12 January 2007

Ten years ago......


Sepuluh tahun dahulu, yang baru itu baru, telah 10 tahun berlalu. lama tetap menjdi lama.

Sepuluh tahun dahulu detik waktu itu dipegun dalam detik masa ini.

Sepuluh tahun dahulu ........

12 December 2006

Aura Kanan


Cahaya boleh dipegunkan pada satu detik tika........

06 September 2006

Speak Inglish lah....

"I feel stupid speak in English", kata seorang guru........

05 September 2006

One slap for three answer

Dalam satu perbicaraan di dalam mahkamah......

Hakim : Anda sebagai guru telah didapati melanggar peraturan dengan menempeleng pelajar kamu yang datang kepada kamu untuk menanyakan soalan. Adakah kamu mahu membela diri?

Guru : Ya sa memang hendak membela diri saya yang teraniaya.

Hakim : Mahkamah izinkan....teruskan....

Guru : Saya menampar pelajar tersebut kerana itulah jawapan kepada soalan yang diajukan kepada saya.

Hakim : awak ada bukti?..... Apa soalan yang diajukan kepada awak?

Guru : Sebenarnya ada tiga soalan. Saya jawab sekali bagi ketiga-tiga soalan tersebut.

Hakim : Apa soalan-soalan tersebut?... Tidak sabar mahkamah hendak mengetahuinya.

Guru : Pelajar itu menanyakan tiga soalan. Soalan pertama, apa bukti Tuhan ada? Soalan kedua, apa itu takdir? Soalan ketiga, jika syaitan diciptakan dari api, kenapa dia dimasukkan kedalam neraka yang jelas dari api?

Hakim : wah! hebat soalan-soalan itu, boleh saya tahu apa jawapannya?

Guru : ( PANGGGGG!!!!!!..... SATU TAMPARAN HINGGAP DI PIPI HAKIM )

Hakim : Opocot...aduh!...sakitnya..... eh kenapa awak tampar saya???? Ini satu penghinaan mahkamah!!!!

Guru : itulah jawapannya....

Hakim : cuba awak jelaskan....... aduh....&^%%^$^*O^%^^%R^^$#%

Guru : soalan pertama, tamparan sakit tapi tak nampak sakit itu, cuma rasa sakit.... itulah gambaran Tuhan tetap ada walau tak nampak. Soalan kedua, Tuan tau tak akan ditampar?..... macam itulah takdir.... ia telah ditakdirkan.... Soalan ketiga, kulit tangan saya dan kulit pipi tuan dari bahan yang sama, tapi tuan rasa sakit, kan. Jadi walau api dengan api, syaitan tetap rasa sakit.

Hakim : Buang kes!!!!!!!! (malunya kebodohan aku)...

moral: Guru umpama lilin...........

04 September 2006

Akibat hisap Rokok

Inilah akibatnya keburukkan menghisap rokok. Sila lihat pada mangkuk tandas urine ni.... Biasanya cecair urine yang keluar, akan tetapi bagi perokok, puntung-puntung rokok yang dihisap yang keluar..... sungguh mengaibkan......

Kisah benar.... RM0.10 jadi RM1,000,000.00

Ini adalah kisah benar yang masih menjadi tandatanya bagi saya sehingga hari ini. Mari kita ambil aktibar dari kisah ini.

Seorang pemuda yang kelihatan sugul kelihatan berjalan tanpa tujuan, mundar mandir di jalan Hang Tuah . Pemuda tersebut sedih kerana dalam kelaparan, diseluk dalam poketnya, hanya ada seposen (sepuluh sen) aja. Dia terbayang, bagaimana duit sepuluh sen boleh menjadi RM1,000,00.00. Dia lantas menahan seorang berpakaian kemas, yang lalu bertentangan dengannya. Pemuda itu bertanya kepada orang tersebut, percayakah beliau yang dengan sepuluh sen boleh menjadi RM 1 juta? Orang yang berpakaian kemas, lantas menggelengkan kepalanya, dan berlalu dengan seribu pertanyaan. Pemuda tersebut bertanya lagi kepada oranglain yang bertembung dengannya dan persoalan tadi diulang tanya.

Dipendekkan cerita, pemuda yang hanya mempunyai sepuluh sen duit tunai dalam poketnya, lantas pergi ke public phone, dimasukkan sepuluh sen dan mendail 7 digit. Eringan bernada , dan lantas apabila panggilannya dijawab, pemuda tersebut berkata : "Hello... boleh saya bercakap dengan Datuk Mansur?........... Ayah......... Aiman perlukan RM1 juta. Ayah masukkan dalam akaun Aiman ya...... terima kasih ayah..."


Begitulah ceritanya bagaimana RM0.10 boleh menjadi RM1,000,000.00. Bagi mereka-mereka yang bukan anak Datuk..... dan sebagainya, jika anda ada seposen, mulalah menabung dan tingkatkan pendapatan, kurangkan belanja.....